~Followers~

Thursday, April 14

~Budak 4 Tahun Hisap Rokok dalam Kereta Api~


BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api,lapor sebuah akhbar semalam.
Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.
Dalam klip video tersebut,salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.
Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa.
Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.
Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. 
>petikan dari KOSMO<
p/s:gempak x gempak dak kcik ni,haha
www.tips-fb.com

2 komen mengkema yang cute+encem:

Mr.Superman said...

gle semmart bdk tu..hahaha.dpt cni,duku2 pale dia.

Dura lah weyh! said...

2 r pasal,mmg parents die heavy smoker kot bang. .
kecik2 da jd pailang. .
hahaha

Post a Comment