~Followers~

Wednesday, April 13

~Kenapa Wanita Menangis?~

Assalamualaikum all. seperti ape yang kita tahu,da menjadi lumrah kepada setiap wanita tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif. air mata wanita ini juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki. so,persoalannya disini,kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir? kenapa? wanita ni memang dicipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9. wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya. begitu juga lelaki,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu. 

kadang-kadang ade sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh. dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita. wanita akan menangis jika perkara itu betul-betul menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi x ambik berat tentang dirinya. perkara ni nampak kecil je kan? tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok,untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya. . . "abg,bahu ayg sakit la,boleh x abg tolong picit jap". . .lepas tu suami dia cakap. . ."ala syg,abg pun letih juga. . ." then,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. masa tu die akan mula mengomel dan turunlah air mata. sikit je kan masalahnya? kalau kes macam ni terjadi macam mana? suami sure menggelabah kalau tengok isteri nangis. . .hehe

so,memang x ade cara lain. kena pujuklah jawabnya,tapi na pujuk pon kena ada cara. salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya. bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya:peluk isteri tu,kalau rasa x reti na peluk,usaplah tangannya sambil senyum ke arahnya. insyaAllah,lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa wanita mudah menangis. supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu,kenapa wanita terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

suatu hari,seorang anak bertanya kepada ibunya, "ibu,mengapa ibu menangis?" ibunya menjawab, "sebab ibu adalah perempuan,nak." "saya tidak mengerti ibu," kata si anak. ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak,kau memang tak akan mengerti" kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."ayah, mengapa ibu menangis?" "ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"si ayah menjawab. "semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."si anak membesar menjadi remaja dan die tetap terus bertanya-tanya,mengapa perempuan menangis? hingga pada suatu hari,dia bertanya kepada seorang gurunya. "cikgu,mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:
"saat Allah ciptakan wanita,Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya,walau seringkali ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu. Allah memberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah,saat semua orang sudah putus asa. pada wanita,Allah memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih,walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Allah memberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apa pon dan dalam situasi apa pon. walaupun anak-anaknya itu melukai perasaannya,melukai hatinya.

perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terhantuk menahan lelap. sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didepa dengan lembut olehnya. Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. kerana,bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak? Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang x pernah melukai isterinya. walaupun,kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar saling melengkapi dan saling menyayangi. dan akhirnya,Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya,air mata ini adalah air mata kehidupan. 

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya. kadang-kadang lelaki sanggup cakap. . ."you nangis r puas-puas tak kuasa i nak layan you lagi. . ." adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis. biar begitu je. kenapa wanita cepat menangis? sebab die na perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang. tengok pada anak-anak kecil. jika dia menangis apa yang die mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum? dapat pahala tu!!!

ok. kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan x kalau masa kecik-kecik dulu, bagi orang lelaki la ni. . .kalau budak lelaki ni nangis mesti mak atau ayah atau cikgu atau siapa-siapa saja akan cakap. "ish! apa ni laki nangis? buat malu je,macam perempuan. laki kuat,x boleh nangis. . ." sebabkan statement ni lah yang sudah terbekesan dalam minda lelaki. memang pada dasarnya,  betul. tapi siapa kata lelaki x boleh nangis? hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pon menangis jugak tapi tangisannya bertempat lah..:-)

but,apa-apa pon,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun. cuba selami hati wanita. wanita ni just na dimanja,diberi perhatian. terutamanya dari orang yang dia sayang. dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka
lembut menghayun buaian
mengoncang ,mencipta sejarah" 

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin di mengerti lewat tutur lembut dan laku agung,karena wanita ingin dimengerti manjakan dia.. dengan kasih sayang" 

p/s:aku pon macam kat atas ni jugak. u all yang gegurl? mesti macam yang kat atas jugak kan? so faham-faham lah kaum lelaki ye? =)

click disini if u all mau follow
www.tips-fb.com

0 komen mengkema yang cute+encem:

Post a Comment