
LONDON - Seorang pelatih akauntan,Wesley Hosie 25,menemui gula-gula yang mengandungi wajah mirip tunang Putera William,Kate Middleton,lapor sebuah akhbar semalam.
Hosie kini merancang untuk menjual gula-gula itu sehingga pada harga £500 (RM2,467) di laman lelongan di Internet,eBay.
Dia dan kekasihnya,Jessica White 24,mendapati wajah pada gula-gula itu mirip Middleton pada Selasa lalu di rumah mereka di Taunton,Somerset,Britain.
Hosie mengesan wajah itu semasa dia mahu memakan gula-gula yang disimpan dalam sebuah balang.
"Semasa Jessica membuka balang itu,saya dapat melihat gula-gula yang mengandungi wajah Middleton itu dengan serta-merta. dia (Middleton)seolah-olah memandang ke arah saya," kata Hosie.
Middleton akan berkahwin dengan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan cucu pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II pada 29 April depan.
>petikan dari KOSMO<
p/s:bapak besh!boleh jual sampai 2 riban.








0 komen mengkema yang cute+encem:
Post a Comment