Andainya lelaki tahu. . .
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. . .
Andainya lelaki tahu. . .
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. . .
Andainya lelaki tahu. . .
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. . .Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh. . .Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. . .
Andainya lelaki tahu. . .
Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. . .
Andainya lelaki tahu. . .
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayang,tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. . .Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. . .Naluri keibuannya sangat kuat. . .Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada. . .Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya. . .Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. . .Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. . .Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. . .Selagi dia dengan kamu,percayalah,walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,kamu tetap yang terbaik. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. . .Percayalah,hati perempuan itu sangat lembut. . .Andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. . .
Andai lelaki tahu. . .
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. . .Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. . .Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula. . .Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. . .Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. . .Dia terlalu emosional,tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. . .
Andai lelaki tahu. . .
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. . .Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. . .Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. . .Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. . . Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. . .Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. . .Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. . .









0 komen mengkema yang cute+encem:
Post a Comment